Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.” Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata “Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.” Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, “Simpan duit ini.” Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.” Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, “Bismillahirrahmanirrahiim.” Ketika itu Allah menghantar malaikat Jibrail untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja. SELESAI
KisahNyata Kehidupanku. Kehidupan ini terus berjalan tanpa ada yang tahu apa yang akan terjadi di depan. Begitupun yang kualami dalam hidupku ini. Waktu terus berjalan dan semuanya tanpa terasa akhirnya usia semakin tua dan belum banyak yang dapat kulakukan dimuka bumi ini. Seharusnya sebagai hamba Allah di muka bumi harus dapat melakukan hal
Berdasarkanbuku Dzikir Pagi dan Petang oleh Ust. Fadli Ramadhan (2019: Hlm 1-2), secara bahasa pengertian dzikir adalah mengingat, sedangkan secara istilah adalah membasahi lidah dengan ucapan-ucapan pujian kepada Allah SWT. Secara etimologi dzikir berasal dari kata dzakara yang berarti menyebut, mensucikan, menggabungkan, menjaga, mengerti, mempelajari, memberi, dan nasihat.
MengamalkanBasmalah untuk Meraih Sukses dan Berkah. Bismillah Baraqah: Rasulullah saw bersabda, "Setiap perbuatan penting, yang tidak dimulai dengan kalimat bismillaahir rahmaanir rahiim, maka perbuatan tersebut cacat kisah nyata yang menakjubkan para pengamal basmalah, hingga aplikasi konsep basmalah dalam sehari-hari.
Oleh Syarifuddin Mustafa, MA Dalam Hadits Rasulullah saw bersabda, " Setiap pekerjaan yang baik, jika tidak dimulai dengan "Bismillah" (menyebut nama Allah) maka (pekerjaan tersebut) akan terputus (dari keberkahan Allah) ". Dalam keseharian kita tentunya selalu melakukan kegiatan dan aktivitas, tanpa kegiatan dan aktivitas kehidupan kita akan hampa, hambar dan tidak produktif.